Thursday, December 31, 2009

Mak Nyah Cari Calon Suami


Harian Metro ada siarkan tentang bagaimana maknyah di India berusaha untuk mencari suami melalui laman web yang dicipta khusus untuk mereka. Laman web itu ialah Thirunangai. Kat bawah ni mak perturunkan berita seperti yang disiarkan itu.

New Delhi. Golongan maknyah di India menggunakan laman webbagi mencari calon suami dari seluruh dunia.

Pengasan laman web www.thirunangai.net yang hanya dikenali sebagai Kalki berkata, laman dalam Bahasa Inggeris dan Tamil itu dihasilkan selepas permohonan dua rakannya untuk menyertai beberapa  halaman temujanji ditolak.

Kalki yang mewujudkan Yayasan Sahodari, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib maknyah di India berkata, walaupun halaman itu masih baru, mereka sudah menerima 200 respons dari serata dunia. Lelaki-lelaki Eropah, Amerika Syarikat dan rantau Asia Barat  selain India memberi reaksi terhadap laman itu.

"Bakal pengantin yang kami cari ialah orang yang menghormati kami sebagai manusia dan melayan kami dengan penuh hormat serta memperkenalkan kami kepada rakan dan keluarga sebagai teman wanita atau isteri," kata Kalki.

Sebanyak enam mak nyah yang kebanyakan sudah menjalani pembedahan pertukaran jantina mencari calon suami.

Seorang dari mereka, Sowmiya, bekas pekerja seks berusia 23 tahun yang lari dari rumah semasa berumur 15 tahun, berhasrat untuk menemui calon suami yang setia.

Seorang lagi mak nyah, Deepika, menyatakan dalam laman itu dia mencari seorang lelaki yang mempunyai pekerjaan baik, penampilan moden dan pandai berpakaian.

"Lebih menyukai kumpulan umur 25 hingga 30 tahun dan bermisai" kata Deepika dalam laman tersebut. -AFP

No comments: