Friday, October 23, 2009
Cerita Berkaitan Seks Dalam Daily Chilly
Thursday, August 13, 2009
Maknyah Thailand Cari Rezeki Di Malaysia

KUANTAN - Gara-gara degil, Unit Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pahang terpaksa memecahkan pintu bilik sebuah rumah tumpangan sebelum menahan 12 orang pondan warga Thailand yang sedang melayan pelanggan dalam satu serbuan di sekitar Pasar Besar Kuantan di sini awal pagi semalam.
Operasi selama sejam bermula pukul 12.30 pagi itu bertujuan membanteras warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini untuk tujuan tidak bermoral.
Seramai 31 anggota penguat kuasa Imigresen ditugaskan menjalankan saringan awal ke atas semua pondan terbabit bagi mengenal pasti kewarganegaraan mereka.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pahang, Ismail Ali berkata, ketika serbuan, kebanyakan pondan berusia antara 21 hingga 35 tahun itu didapati sedang sibuk mencari pelanggan manakala sesetengahnya melayani pelanggan di bilik kecil di beberapa rumah tumpangan di situ.
Lingerie Fetish dan Pesta Lesbian
Mak pernah gak masa chat ada chatters minta panties dan bra wife mak yang sudah dipakai danbelum basuh. Fetish macam ni teransang dengan bau si pemakai. Ni berita yang mak ambik dari Harian Metro.
Lebih mengejutkan, seluar dalam itu bukan miliknya.
Syerif di Marion County menerima panggilan daripada seorang wanita yang berkata, teman lelakinya menangkap perompak dalam garaj mereka.
Syerif berkata, lelaki itu tidak memakai apa-apa kecuali seluar dalam wanita berkenaan.
Mereka kemudian menemui beg plastik yang penuh dengan pakaian, seluar dalam, kasut dan barang perhiasan wanita dalam garaj suspek tidak jauh dari rumah mangsa.
Suspek berusia 47 tahun itu dituduh merompak, mencuri dan memiliki bunga api secara haram. — Agensi
Front page Harian Metro on the same day juga dimuatkan tentang lesbian dan gay yang menganjurkan pesta poolside pra merdeka kat salah sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang. Baca beritanya di SINI.
Tuesday, June 9, 2009
Seks Memang Boleh Buat Duit
Friday, May 29, 2009
Barangan Seks Dari China Dirampas
Wednesday, May 27, 2009
Mat Blue Kena Cekup
Thursday, May 14, 2009
Pembunuh Angie Zapata

Background
The Murder
The Aftermath
Sunday, November 30, 2008
Azab cinta sejenis
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: “Janji dia menyayangi saya di dunia dan akhirat adalah drama semata-mata. Selepas dua bulan tinggal bersama, dia mula tunjuk belang termasuk mencuri wang dan menggadai semua barang kemas saya,” kata seorang mangsa pengkid temberang yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 33, semalam.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu menyesali peristiwa hitam dalam kehidupannya gara-gara terpedaya pujuk rayu dan godaan kekasih kaum sejenis hingga melarikan diri meninggalkan anak dan suami pada 2005.
Dia sanggup melupakan anaknya yang ketika itu berusia tujuh tahun dan suami yang bekerja sebagai pekerja kontrak.
Mengenang semula peristiwa gelap itu, kata Anita, ia umpama mimpi buruk kerana tidak menyangka boleh terjalin hubungan intim bersama Angah yang berperwatakan lelaki di tempat kerja iaitu sebuah kilang di Tampoi.
“Angah yang berusia 40-an berpura-pura baik dan penyayang sehingga menjadi tempat saya berkongsi masalah keluarga. Hubungan kami kemudian bertambah rapat dan lebih daripada rakan biasa.
“Saya taksub dengan kata-kata Angah lalu mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu. Selama setahun menjalin hubungan bersamanya, saya sanggup membelanjakan semua duit gaji bagi memenuhi pelbagai permintaannya.
“Apabila cinta songsang kami diketahui keluarga, saya tidak berfikir panjang untuk melarikan diri apabila Angah mengajak memulakan kehidupan baru bersamanya disebabkan tiada pilihan lain untuk menyelamatkan hubungan itu,” katanya.
Anita berkata, mereka melarikan diri ke Melaka dengan bekerja sebagai operator pengeluaran manakala tempat tinggal di asrama pekerja.
Kebahagiaan mereka tidak kekal lama kerana pengkid terbabit mula menunjukkan sikap agresif termasuk nyaris mencederakannya beberapa kali apabila hubungan percintaannya dengan seorang gadis lain terbongkar.
“Angah sanggup mencuri pelbagai barang kemas saya dan wang semata-mata untuk menampung keperluan kehidupan sosialnya.
“Perbuatannya menimbulkan tekanan hebat kerana sudahlah saya meninggalkan keluarga demi dia, dia pula bersikap lepas tangan walaupun pernah berjanji sehidup semati bersama saya.
“Saya terkilan dengan tindakannya memperbodohkan saya apabila menghilangkan diri dan meninggalkan saya berseorangan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kempas, semalam.
Anita berkata, dia bersyukur kerana keluarga sanggup menerimanya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
Selama ini dia bekerja di Temerloh kerana tidak mahu pulang kerana bimbang keluarga tidak akan menerima kehadirannya.
“Perpisahan itu balasan Allah terhadap perbuatan saya dan ia memberi pengajaran.
“Hanya kunci rumah yang saya bawa bersama menjadi pengubat rindu terhadap keluarga selama tiga tahun ini,” katanya yang tidak menyangka ahli keluarga termasuk ibunya yang sanggup meminta bantuan Harian Metro pertengahan Ogos lalu.
Dia yang membaca berita itu segera menelefon ibu dan memaklumkan situasi sebenar kerana tidak mahu dia bimbangkan keselamatannya.
“Kami tidak tahan sebak kerana sudah lama tidak berbual, tetapi saya tidak dapat pulang segera ke Johor kerana perlu memberi notis berhenti kerja kepada majikan.
“Saya tidak menjangka ibu dan anak saya, Lela yang kini sudah berusia 10 tahun sanggup menjemput saya di Terminal Pengangkutan Awam Larkin apabila saya tiba di Johor kelmarin,” katanya.
Pada 15 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang tomboi yang melarikan isteri seorang pekerja kontrak sejak tiga tahun lalu hingga gagal dikesan.
Kejadian itu mengakibatkan keluarga wanita terbabit hanya mampu meratap kesedihan apabila insan kesayangan mereka menjadi mangsa pujukan tomboi itu.
Keluarga berkenaan pernah membuat laporan polis mengenai kehilangan wanita itu di Balai Polis Larkin di sini, 23 April 2005.
Wednesday, November 12, 2008
Crossdresser Merompak?
Masih Ramai Yang Tidak Sedar
Nampaknya masih ramai pelayar internet tidak menyedari atau sengaja tidak mahu sedar tentang penipuan-penipuan inline ini. Dari semasa ke semasa kita sering dengar ada saja mangsa yang terkena. Sama ada duit ringgit atau pun tergadai body dan maruah. Hari ni dalam Kosmo uols bacalah tentang satu penipuan lagi.KUALA TERENGGANU - Kisah ‘cinta’ palsu di laman sembang siber yang berakhir dengan penipuan kini timbul lagi dengan mangsa terbaru seorang pengurus wanita berusia 43 tahun.
Mengikut cerita mangsa yang berasal dari Kemaman, dia berkenalan dengan seorang lelaki yang didakwa warga asing pada 2 November lalu.
Suspek yang dikatakan pandai menggunakan kata-kata manis, berjaya memikat hati mangsa untuk membayar RM2,500 semata-mata bagi mendapatkan barangan mewah seperti barang kemas, beg kulit berjenama, komputer riba dan wang tunai AS 5,000.
Namun mangsa itu tidak mengambil iktibar daripada laporan Kosmo! pada 9 Oktober lalu mengenai tiga wanita, juga dari negeri ini, mendakwa kerugian melebihi RM25,000 menerusi taktik penipuan dengan modus operandi yang sama.
Tuesday, November 11, 2008
Pencuri pun minat bra
MARANG: You just never know what a burglar will steal from your house: cash, jewellery and maybe a bra or two!
Sunday, July 6, 2008
Pekerja Pusat Kecantikan Di Liwat
Mangsa kemudian dibawa ke satu tempat sunyi sebelum diliwat. Lebih teruk lagi mangsa turut disamun dan dibelasah sebelum ditinggalkan di tepi jalan. Kesan pengalaman tersebut mangsa kini dalam trauma dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selepas membuat laporan.
Laporan seterusnya menyatakan polis telah menahan seorang lelaki berusia 30an dipercayai suspek bagi membantu siasatan.
Inilah perbuatan manusia tidak berhati perut yang menjadikan mangsa yang lemah sebagai sasaran memuaskan nafsu.
Thursday, June 19, 2008
Maknyah Dibelasah Polis
Maknyah tersebut, Duanna Johnson telah ditahan oleh polis Shelby County Ciminal Justice Center atas dakwaan melacur. Dalam pita tersebut ditunjukkan seorang pegawai polis Memphis menghampiri Johnson, seorang maknyah, dan memukulnya di muka beberapa kali.
Persitiwa itu bermula apabila Johnson tidak mengendahkan apabila namanya dipanggil kerana mengatakan bahawa ibunya tidak pernah memberikannya nama sebagai 'faggot' atau 'he-she,'. Itu membuatkan pegawai polis itu menjadi berang dan menghampirinya lalu memukulnya.

