Showing posts with label undang-undang. Show all posts
Showing posts with label undang-undang. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

Maknyah Masuk Jerat


MELAKA: Seorang lelaki berlagak wanita tersalah langkah apabila memasuki kereta milik anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas dipelawa hingga memudahkan tangkapan ke atas pondan terbabit dilakukan, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi di Jalan Tun Ali, dekat sini, sekumpulan anggota penguat kuasa Jaim sebelum itu melakukan rondaan di kawasan berkenaan lalu menegur lelaki berusia 29 tahun terbabit.


Teguran anggota penguat kuasa berkenaan yang turut menyamar untuk bertanyakan mengenai ‘khidmat’ diberikan menyebabkan lelaki terbabit masuk ke dalam kenderaan dan menyebabkan dia terus digari lalu dibawa ke pejabat Jaim.



Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamnya, Rahimin Bani, berkata ketika lelaki terbabit ditemui dia berpakaian seksi dengan mengenakan baju ketat jenis `tube’ serta berskirt pendek paras peha.



Selain itu, katanya, pondan terbabit turut mengenakan solekan serta berambut panjang dengan menampilkan perwatakan wanita dengan jelas.



“Lelaki berlagak wanita terbabit menawarkan diri untuk menaiki kenderaan anggota penguat kuasa Jaim dan dia masuk menerusi pintu tempat duduk penumpang belakang.


“Dia pada mulanya tidak menyedari ada seorang lagi anggota penguat kuasa di belakang kenderaan, dan terus digari,” katanya.


Rahimin berkata, siasatan yang dilakukan terhadap lelaki terbabit mendapati dia bekerja di sebuah salun di bandar ini.



Katanya, sebelum ditahan dia bersama rakannya menghadiri parti di satu lokasi di sini.

Berita ini diambil dari MyMetro

Wednesday, December 9, 2009


Dah lama gak mak tak update blog ni. Mak a bit busy.

Selama ini mak rasa berita berkaitan maknyah yang paling hangat diperkatakan ialah tentang seorang maknyah yang berhadapan dengan masalah untuk menetap di London dengan suaminya. Tentu uols dah banyak baca tentang kisah Fatine, kan? So mak tak naklah tulis benda yang sama. Nanti orang naik boring.

Apa yang berlaku kepada Fatine harus dijadikan iktibar kepada orang lain, khususnya uols maknyah yang ada rancangan nak get married dengan uols punya partner aka future husband. Buat research betul-betul sebelum commit especially on the legal aspect of the country uols nak stay nanti. Memang ramai dah maknyah negara kita yang berkahwin dengan warga asing dan migrated ke negara suami mereka and living happily. Just that Fatine kurang bernasib baik. Sekarang dia dah berada dalam keadaan serba salah. Nak terus stay kat London dia tidak diberikan kelulusan dan akan kena deport. Balik Malaysia pula akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang Malaysia. Memang serba salah dibuatnya. Mak harap Fatine akan tabah menghadapi ujian ini. Ingatlah ini semua adaalah dugaan Tuhan terhadap hambanya. Apabila Tuhan menguji hambanya, bermakna Tuhan sayang. Lambat laun masalah yang dihadapi Fatine akan selesai juga. Cuma masa akan menentukan.