Monday, June 29, 2009

TRANSFORMATION SEGERA

Harian Metro melaporkan bahawa seorang lelaki boleh berubah menjadi wanita dalam masa 24 jam dan tanpa sebarang pembedahan menukar jantina. Hmm....mak terkagum juga kan? Mengikut beritanya lagi lelaki itu akan menjadi lebih anggun dari wanita ori. Kalau macam tu, tentu wanita yang ori bila guna krim hormon tu akan menjadi lebih wanita la.
clipped from www.hmetro.com.my

Jadi ‘wanita’ dalam 24 jam

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Golongan lelaki berperwatakan lembut sanggup menggunakan sejenis krim hormon ajaib yang didakwa mampu menukar bentuk tubuh mereka kepada wanita dalam tempoh hanya 24 jam.

Krim hormon mencecah RM800 yang dikilangkan secara haram di pinggir ibu kota itu didakwa mampu menumbuhkan payudara selain menyebabkan individu yang memakainya berubah menjadi montok mengalahkan wanita sejati.

Difahamkan, krim hormon haram itu dikesan mula dijual beberapa salun kecantikan yang menyedari krim berkenaan mendapat permintaan tinggi daripada golongan itu yang `terdesak' untuk mengubah jantina tanpa membuang alat kelamin.

Kegiatan salun menjual hormon wanita haram itu dikesan selepas Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan serbuan mengejut kira-kira jam 11 pagi, beberapa hari lalu di premis yang terletak di Chow Kit, di sini.

 blog it

No comments: