Sunday, July 27, 2008

Majlis Ratu Maknyah Diserbu

Pihak Majlis Bandaraya Kota Bharu Bandaraya Islam telah menyerbu satu pertandingan Ratu Maknyah di sebuah Resort di Tok Bali, Kelantan dan menahan para hadirin.

Gambar dari Berita Harian Online

Seorang guru antara 16 peserta ratu cantik pondan ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), di sebuah resort terkemuka di Telong, di sini, malam kelmarin. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JHEAIK, Mohd Abdul Aziz Mohd Nor, berkata pondan yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam ketika sedang beraksi dengan pakaian wanita seperti gaun malam, kebaya dan pakaian mandi di sebuah dewan di resort itu. "Tiga lagi peserta berjaya melepaskan diri dengan terjun ke sungai berdekatan, manakala yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAIK di Kota Bharu untuk siasatan lanjut," katanya. - Berita Harian.

Sunday, July 20, 2008

Panties Dalam Bekas Bilik Faizal AF4?

Semua posting dan gambar mak cedok dari blog artis Malaysia.


Without wide publicity, Akademi Fantasia reality show finalist season 4, Fazial AF still active in showbiz around Malaysia. However, in main time, girl`s panties in Faizal AF previous bedroom (in his relative house) hotly been debate in blogsphere. It remind of his previous gossip, Faizal AF also been accuse seduce other man wife and take away from her husband.

To get accurate information, Media Hiburan (MH) face to face with Faisal AF, Kak Aida (Faisal AF FC chairman), Ridz (Faizal AF personal assistant) and ‘other man wife’ that been gossiped for explanation. This wild gossip had been drag for 2 years.

The girl panties in Faizal AF had been found by Faizal AF mother under Faizal AF mattress. It believe that panties was own by pervious Faizal AF relative. Faizal AF relative, who was a teenage girl stay in that room in previous years.

Kak Aida (Faisal AF FC chairman) said:

“Selepas tamat di akademi, Faizal mengambil keputusan untuk tinggal dengan saudara-maranya. Sebelum Faizal menghuni bilik tersebut (salah satu bilik kediaman saudaranya) selama sebulan, bilik itu telah didiami oleh adik perempuan keluarga saudaranya. Emak Faizal pula akan melawat Faizal di rumah itu jika mempunyai masa lapang. Kebetulan bilangan penghuni ramai di rumah itu, Faizal mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah lain setelah diminta oleh emaknya,”

“Dipendekkan cerita, sewaktu berpindah, seluar dalam wanita dijumpai oleh emak Faizal di bawah tilam Faizal milik ahli keluarga berkenaan.Saya hairan bagaimana isu itu diketahui oleh orang luar. Pun begitu,isu itu sudah lama diperkatakan dalam buletin forum gosip and blog artis malaysia. Cuma baru-baru ini ia dibangkitkan terutamanya menyentuh tentang isu seluar dalam. Ada segelintir forumer membuat spekulasi sendiri dan menulis serta mendakwa Faizal membawa perempuan ke bilik lamanya itu,” ujarnya lagi.”

Thursday, July 17, 2008

Wanita Juga Bayar Untuk Seks

Memang selama ini apabila kita cerita tentang bisnes seks, fikiran kita pasti akan nampak lelaki yang melanggan wanita sama ada pelacur, teman sosial atau escort. Tetapi petang tadi mak baca dalam The Star bahawa wanita juga terlibat dalam melanggani lelaki untuk seks. Mungkin aktiviti ini tidak begitu meluas tetapi hakikatnya memang ada wanita yang membayar kepada lelaki untuk khidmat seks.

Penulis "Paying Big for A Little Love" Dina Zaman dalam kolumnya, a writer's life menulis tentang ini.

......it was easy to be a female punter, because the opportunities were right in her face, and they were subtler. None of the drive-by, walking into a brothel and picking up a sex worker. For a woman with means, it can be anywhere: a café, nightclub, even at the theatre. Shopping at high-end retail outlets is another source too. Inilah salah satu perbezaan antara wanita dan lelaki. Lelaki akan pergi ke rumah pelacuran, pusat-pusat-pusat urut dan sebagainya jika ingin mencari wanita sebagai teman seks berbayar tetapi bagi wanita peluang baginya adalah lebih mudah. Ini kerana bagi wanita untuk memikat lelaki yang dahaga seks lebih mudah berbanding dengan lelaki.

Antara lain, Dina mendapat maklumat berikut dari seorang kenalannya yang terlibat dengan membeli khidmat seks.

  • wanita berada dalam keadaan mengawal. Dia memilih dan menilai sendiri pasangan lelakinya dan memastikan lelaki itu sesuai untuk memenuhi keinginannya.
  • Bangsa memainkan peranan dalam amalan seks bebas. Gigolo Melayu tidak suka memakai kondom tetapi anak muda muda lebih mementingkan seks yang selamat. Walau bagaimanapun mengikut rakan penulis itu, dia belum lagi menemui anak muda India dalam industri itu. Kadang-kadang ada juga pelancung barat yang ingin mencari wang tambahan untuk membolehkannya terus mengembara.
  • Lelaki Cina yang dilangannya lebih profesional kerana mereka inginkan pendapatan tambahan secara nikmat dan selebihnya untuk masa hadapan.

  • Bayaran untuk perkhidmatan ialah RM 200 sejam dan dengan bayaran itu sudah semestinya lelaki akan menunjukkan kemesraan dan kemanjaannya.

Dina juga memperkatakan tentang perbezaan fisiologi antara lelaki dan wanita. Biasanya lelaki tidak kira usia akan dengan mudah memikat wanita tetapi berbeza bagi wanita. Apabila tubuhnya sudah mula gayut, maka nilai dirinya semakin susut. Sebab itulah kita sering mendengar pelanggan gigolo yang dalam usia 20an, kebanyakannya mak-mak Datin yang kesunyian dan perlukan kasih sayang seorang lelaki. Mereka akan mencari anak-anak muda dan toy boy untuk memuaskan nafsu yang mungkin tidak dapat lagi dipenuhi oleh suami masing-masing atas sebab-sebab tertentu. Mungkin suami sudah ada isteri muda atau tidak dapat menunaikan tanggungjawab kerana masalah alat seksualnya.

Mengapa anak muda? Ah.... sudah terang bersuluh pula. Sudah semestinya anak muda ini masih ampuh lagi senjatanya walaupun pengalaman di ranjang tidak begitu hebat.

Kajian Masalah Homoseksual

Berita ni dipetik dari BERNAMA mengatakan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjalankan kajian sejak Jun lepas mengenai masalah homoseksual yang semakin membimbangkan di negara ini, kata menterinya Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh beberapa pakar itu bertujuan melihat beberapa aspek daripada segi perundangan serta pandangan negatif masyarakat terhadap golongan berkenaan.

"Kebanyakan daripada mereka (pelaku homoseksual) tidak suka berkongsi perasaan dengan orang lain, suka menyendiri dan oleh itu masyarakat gemar buli, berjenaka dan kacau mereka," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyampaian sumbangan oleh pihak swasta kepada pusat orang kurang upaya (OKU) dan penjagaan kanak-kanak di kementerian itu di sini hari ini.

Ng berkata pihak kementerian memberi perhatian serius dalam memantau gejala berkenaan termasuk melihat pendekatan terbaik bagi memahami masalah dan pandangan negatif masyarakat terhadap golongan itu.

"Pihak kementerian juga tidak akan meminggirkan golongan itu yang menjadi sebahagian daripada masyarakat kita dalam menyalurkan bantuan," katanya.


Monday, July 14, 2008

Miss Universe 2008 dari Venezuela

Miss Venezuela was crowned Miss Universe 2008 on Monday in a contest marked by the spectacle of Miss USA falling down during the evening gown competition for the second year in a row. Baca seterusnya.Miss Venezuela Dayana Mendoza yang dimahkotakan sebagai Miss Universe 2008.

Ni pula wajah Miss Malaysia Levy Li Su Lin yang turut serta dalam pageant tersebut.

Saturday, July 12, 2008

Nak Panjangkan Dicky?

Minggu lepas ada berita dalam akhbar tentang kematian seorang makcik di Indonesia bernama Mak Erot. Mak erot ni bukan sebarang makcik tetapi ia popular di kalangan lelaki di Indonesia kerana kebolehannya memanjangkan saiz cik dicky. Mengikut berita makcik erot ni boleh panjangkan cik dicky lelaki sehingga 6 cm. Nama Mak Erot tu pun mungkin berasal dari perkataan erotis. So uols yang cik dicky terlalu pendek tu terlepaslah peluang nak panjangkannye erk?





Sains moden juga telah mencipta alat untuk tujuan yang sama. Mak ada baca dalam satu laman web yang menjual produk ni. Uols boleh klik sini dan bacalah sendiri.

Kempen Derma Bra

Coli digunakan sebagai bahan kempen. Kosmo melaporkan dalam keluarannya pada 12 Julai 2008 bahawa sebuah stesen radio do Kanada telah berusaha membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap penyakit kanser dan ianya dianjurkan oleh Pertubuhan Kanser Payu Dara Quebec.

Ni laporan dari Kosmo itu.

BIASANYA, pakaian dalam berperanan sebagai satu produk yang melindungi anggota tubuh wanita. Sejajar peredaran zaman, pakaian dalam telah dipelbagaikan reka cipta, pilihan warna dan corak yang sekali gus memberi nilai tambah kepadanya. Ia juga boleh menjadi lambang kepada kesedaran orang ramai terhadap penyakit kanser. Justeru, muncul aktiviti yang menggunakan produk ini untuk mengumpul derma.
Inisiatif aneh sebuah stesen radio yang berpangkalan di Kanada ini boleh menjadi contoh dalam membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap penyakit kanser. Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Kanser Payu Dara Quebec.

Stesen ini telah mengumpul kira-kira 67,000 baju dalam dan menggantungnya di sebuah kawasan lapang yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Montreal, Kanada.

Koleksi baju dalam ini adalah sumbangan masyarakat setempat dan selebriti terkenal bagi merealisasikan misi pertubuhan tersebut dalam membawa kesedaran tentang kanser payu dara dalam kalangan wanita tempatan. - JEGATHESWARY NARAYANAN

Kredit: Gambar-gambar dari Kosmo.

So kalau ada kempen sebegini di Malaysia, uols nak dermakan tak bra lama uols tu?

Monday, July 7, 2008

Komik Gay Laris

Kosmo melaporkan bahawa komik gay semakin mendapat sambutan di negara ini. Adakah ini menunjukkan semakin ramai lelaki mula berminat untuk menjadi gay? Entahlah. Mungkin nak tahu tentang alam kehidupan gay kot. Mmmmmm......

KUALA LUMPUR - Tidak cukup lambakan penjualan cakera padat lucah di pasaran, kini komik gay pula dijual secara terang-terangan.

Ia bukannya diperagakan di tepi jalan tetapi diletak di rak dalam kedai buku yang memaparkan lebih 20 judul komik golongan tersebut.

Pada harga hampir RM50 setiap naskhah, ia ternyata mempunyai pasaran tersendiri.

Tinjauan Kosmo! mendapati komik itu dijual tanpa berselindung lagi malah gambar pasangan gay menghiasi kulit depan.

Semua komik dari Jepun itu memaparkan pelbagai aksi pasangan gay termasuk kata-kata romantik dalam bahasa Inggeris.

Pekerja kedai buku tersebut memberitahu, komik-komik itu mendapat sambutan dan penjualannya sangat memberangsangkan.

"Ramai yang beli kerana ia telah dialih bahasa dari bahasa Jepun kepada bahasa Inggeris dan juga ia dijual lebih murah.

"Selalunya golongan muda antara 25 tahun ke atas yang selalu beli komik itu," ceritanya dan ketika ditanya mengapa ia boleh dijual di kedai buku tersebut, dia menjawab:

"Saya pun tidak tahu bagaimana ia boleh dijual di sini".

Dakwanya, pekerja premis yang sama, ada yang membeli komik itu untuk menjualnya semula di internet dengan harga yang lebih tinggi.

Sunday, July 6, 2008

Statistik Tentang Transexual

Ni statistic yang mak dapat dari sebuah Yahoo Group berkaitan crossdressing. Mak memang member dalam group tu yang moderatornya dari Indonesia. Tapi mak tatulah darimanakah diperolehi statistik ini kerana tidak disebut sumbernya.

90% of female-to-male transsexuals and 61% of male-to-female
transsexuals are sexually satisfied.

70% of female-to-male transsexuals and 43% of male-to-female
transsexuals retain close contact with their families.

57% of female-to-male transsexuals and 27% of male-to-female
transsexuals form lasting romantic partnerships.

100% of female-to-male transsexuals and 60% of male-to-female
transsexuals inform their partners about their transsexualism.

5% of female-to-male transsexuals and 21% of male to female
transsexuals have made a suicide attempt.

100% of sexual partners of female-to-male transsexuals are female.
60% of sexual partners of male-to-female transsexuals are male.

Pekerja Pusat Kecantikan Di Liwat

My Metro melaporkan bahawa seorang lelaki berusia 20an yang bekerja di sebuah pusat kecantikan diliwat oleh seorang pemuda yang menyamar sebagai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Ampang. Laporan itu menyebut lelaki berperwatakan lembut itu dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ditahan oleh seorang lelaki yang menaiki van dan memperkenalkan diri sebagai anggotapenguatkuasa JAIS. Mangs di minta masuk ke dalam van dan digertak untuk menuruti arahannya atau di bawa ke pejabat agama atas dakwaan menjual tubuh.

Mangsa kemudian dibawa ke satu tempat sunyi sebelum diliwat. Lebih teruk lagi mangsa turut disamun dan dibelasah sebelum ditinggalkan di tepi jalan. Kesan pengalaman tersebut mangsa kini dalam trauma dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selepas membuat laporan.

Laporan seterusnya menyatakan polis telah menahan seorang lelaki berusia 30an dipercayai suspek bagi membantu siasatan.

Inilah perbuatan manusia tidak berhati perut yang menjadikan mangsa yang lemah sebagai sasaran memuaskan nafsu.

Friday, July 4, 2008

Marisa @Penang

Masa mak jalan-jalan kat Penang ni, that area upper Penang Road la, mak jumpa seorang nyah dari Thailand sedang menunggu customer. Mak pun hampiri dia dan berbual. Maklumlah mak ni peramah katakan. Dulu area ni memang terdapat ramai gak makyah cari makan. Especially kat hotel budget tu. So nyah Thai ni namanya Marisa, begitulah yang diberikannya. Manis juga orangnya walaupun tak bermekap. Natural beautylah. So mak tanya dia mana dia stay dan dia sebut nama hotel yang ada sebelah Cititel tu. Tak payahlah mak namakan hotel itu. Marisa kata dia datang dari Bangkok. Rupanya begitu jauh dia datang untuk 'kena makan' sebab nak cari makan. International businessnyah ni. Then mak tanya berapa dia charge dan dia jawab RM 150. Ni standard rate ni. Maknyah local yang berdagang kat area situ hanya charge dalam RM30-Rm60 sahaja. Mak tanya pula sama ada dia dah operate tapi dia kata tak. Maklumlah, maknyah Thai ni ramai yang operate. Mak taklah langgan dia, sebab bukan niat mak untuk langgan pun. Mak just tegur dia sebab macam mak katakan tadila uols. mak ni kan peramah.

Thursday, July 3, 2008

Bugis Street

Pada satu ketika dahulu Bugis Street di Singapore terkenal dengan maknyahnya dan dagangan mereka. Hari ini zaman kegemilangan maknyah di Bugis Street sudah berakhir dan kawasan itu telah menjadi pusat membeli belah.

Busig Street di singapura tu merupakan tempat yang wajib lawat khususnya bagi pelayar-pelayar yang singgah di Pelabuhan Singapura. Pada tahun 60an dan 70an ia merupakan kawasan hiburan atau nightlife. Uols bacalah selanjutnya di website yang mak berikan di atas tadi.