Thursday, July 17, 2008

Wanita Juga Bayar Untuk Seks

Memang selama ini apabila kita cerita tentang bisnes seks, fikiran kita pasti akan nampak lelaki yang melanggan wanita sama ada pelacur, teman sosial atau escort. Tetapi petang tadi mak baca dalam The Star bahawa wanita juga terlibat dalam melanggani lelaki untuk seks. Mungkin aktiviti ini tidak begitu meluas tetapi hakikatnya memang ada wanita yang membayar kepada lelaki untuk khidmat seks.

Penulis "Paying Big for A Little Love" Dina Zaman dalam kolumnya, a writer's life menulis tentang ini.

......it was easy to be a female punter, because the opportunities were right in her face, and they were subtler. None of the drive-by, walking into a brothel and picking up a sex worker. For a woman with means, it can be anywhere: a café, nightclub, even at the theatre. Shopping at high-end retail outlets is another source too. Inilah salah satu perbezaan antara wanita dan lelaki. Lelaki akan pergi ke rumah pelacuran, pusat-pusat-pusat urut dan sebagainya jika ingin mencari wanita sebagai teman seks berbayar tetapi bagi wanita peluang baginya adalah lebih mudah. Ini kerana bagi wanita untuk memikat lelaki yang dahaga seks lebih mudah berbanding dengan lelaki.

Antara lain, Dina mendapat maklumat berikut dari seorang kenalannya yang terlibat dengan membeli khidmat seks.

  • wanita berada dalam keadaan mengawal. Dia memilih dan menilai sendiri pasangan lelakinya dan memastikan lelaki itu sesuai untuk memenuhi keinginannya.
  • Bangsa memainkan peranan dalam amalan seks bebas. Gigolo Melayu tidak suka memakai kondom tetapi anak muda muda lebih mementingkan seks yang selamat. Walau bagaimanapun mengikut rakan penulis itu, dia belum lagi menemui anak muda India dalam industri itu. Kadang-kadang ada juga pelancung barat yang ingin mencari wang tambahan untuk membolehkannya terus mengembara.
  • Lelaki Cina yang dilangannya lebih profesional kerana mereka inginkan pendapatan tambahan secara nikmat dan selebihnya untuk masa hadapan.

  • Bayaran untuk perkhidmatan ialah RM 200 sejam dan dengan bayaran itu sudah semestinya lelaki akan menunjukkan kemesraan dan kemanjaannya.

Dina juga memperkatakan tentang perbezaan fisiologi antara lelaki dan wanita. Biasanya lelaki tidak kira usia akan dengan mudah memikat wanita tetapi berbeza bagi wanita. Apabila tubuhnya sudah mula gayut, maka nilai dirinya semakin susut. Sebab itulah kita sering mendengar pelanggan gigolo yang dalam usia 20an, kebanyakannya mak-mak Datin yang kesunyian dan perlukan kasih sayang seorang lelaki. Mereka akan mencari anak-anak muda dan toy boy untuk memuaskan nafsu yang mungkin tidak dapat lagi dipenuhi oleh suami masing-masing atas sebab-sebab tertentu. Mungkin suami sudah ada isteri muda atau tidak dapat menunaikan tanggungjawab kerana masalah alat seksualnya.

Mengapa anak muda? Ah.... sudah terang bersuluh pula. Sudah semestinya anak muda ini masih ampuh lagi senjatanya walaupun pengalaman di ranjang tidak begitu hebat.

No comments: