Monday, July 7, 2008

Komik Gay Laris

Kosmo melaporkan bahawa komik gay semakin mendapat sambutan di negara ini. Adakah ini menunjukkan semakin ramai lelaki mula berminat untuk menjadi gay? Entahlah. Mungkin nak tahu tentang alam kehidupan gay kot. Mmmmmm......

KUALA LUMPUR - Tidak cukup lambakan penjualan cakera padat lucah di pasaran, kini komik gay pula dijual secara terang-terangan.

Ia bukannya diperagakan di tepi jalan tetapi diletak di rak dalam kedai buku yang memaparkan lebih 20 judul komik golongan tersebut.

Pada harga hampir RM50 setiap naskhah, ia ternyata mempunyai pasaran tersendiri.

Tinjauan Kosmo! mendapati komik itu dijual tanpa berselindung lagi malah gambar pasangan gay menghiasi kulit depan.

Semua komik dari Jepun itu memaparkan pelbagai aksi pasangan gay termasuk kata-kata romantik dalam bahasa Inggeris.

Pekerja kedai buku tersebut memberitahu, komik-komik itu mendapat sambutan dan penjualannya sangat memberangsangkan.

"Ramai yang beli kerana ia telah dialih bahasa dari bahasa Jepun kepada bahasa Inggeris dan juga ia dijual lebih murah.

"Selalunya golongan muda antara 25 tahun ke atas yang selalu beli komik itu," ceritanya dan ketika ditanya mengapa ia boleh dijual di kedai buku tersebut, dia menjawab:

"Saya pun tidak tahu bagaimana ia boleh dijual di sini".

Dakwanya, pekerja premis yang sama, ada yang membeli komik itu untuk menjualnya semula di internet dengan harga yang lebih tinggi.

No comments: