Sunday, July 6, 2008

Pekerja Pusat Kecantikan Di Liwat

My Metro melaporkan bahawa seorang lelaki berusia 20an yang bekerja di sebuah pusat kecantikan diliwat oleh seorang pemuda yang menyamar sebagai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Ampang. Laporan itu menyebut lelaki berperwatakan lembut itu dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ditahan oleh seorang lelaki yang menaiki van dan memperkenalkan diri sebagai anggotapenguatkuasa JAIS. Mangs di minta masuk ke dalam van dan digertak untuk menuruti arahannya atau di bawa ke pejabat agama atas dakwaan menjual tubuh.

Mangsa kemudian dibawa ke satu tempat sunyi sebelum diliwat. Lebih teruk lagi mangsa turut disamun dan dibelasah sebelum ditinggalkan di tepi jalan. Kesan pengalaman tersebut mangsa kini dalam trauma dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selepas membuat laporan.

Laporan seterusnya menyatakan polis telah menahan seorang lelaki berusia 30an dipercayai suspek bagi membantu siasatan.

Inilah perbuatan manusia tidak berhati perut yang menjadikan mangsa yang lemah sebagai sasaran memuaskan nafsu.

No comments: