Thursday, July 17, 2008

Kajian Masalah Homoseksual

Berita ni dipetik dari BERNAMA mengatakan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjalankan kajian sejak Jun lepas mengenai masalah homoseksual yang semakin membimbangkan di negara ini, kata menterinya Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh beberapa pakar itu bertujuan melihat beberapa aspek daripada segi perundangan serta pandangan negatif masyarakat terhadap golongan berkenaan.

"Kebanyakan daripada mereka (pelaku homoseksual) tidak suka berkongsi perasaan dengan orang lain, suka menyendiri dan oleh itu masyarakat gemar buli, berjenaka dan kacau mereka," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyampaian sumbangan oleh pihak swasta kepada pusat orang kurang upaya (OKU) dan penjagaan kanak-kanak di kementerian itu di sini hari ini.

Ng berkata pihak kementerian memberi perhatian serius dalam memantau gejala berkenaan termasuk melihat pendekatan terbaik bagi memahami masalah dan pandangan negatif masyarakat terhadap golongan itu.

"Pihak kementerian juga tidak akan meminggirkan golongan itu yang menjadi sebahagian daripada masyarakat kita dalam menyalurkan bantuan," katanya.


No comments: