Saturday, July 12, 2008

Kempen Derma Bra

Coli digunakan sebagai bahan kempen. Kosmo melaporkan dalam keluarannya pada 12 Julai 2008 bahawa sebuah stesen radio do Kanada telah berusaha membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap penyakit kanser dan ianya dianjurkan oleh Pertubuhan Kanser Payu Dara Quebec.

Ni laporan dari Kosmo itu.

BIASANYA, pakaian dalam berperanan sebagai satu produk yang melindungi anggota tubuh wanita. Sejajar peredaran zaman, pakaian dalam telah dipelbagaikan reka cipta, pilihan warna dan corak yang sekali gus memberi nilai tambah kepadanya. Ia juga boleh menjadi lambang kepada kesedaran orang ramai terhadap penyakit kanser. Justeru, muncul aktiviti yang menggunakan produk ini untuk mengumpul derma.
Inisiatif aneh sebuah stesen radio yang berpangkalan di Kanada ini boleh menjadi contoh dalam membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap penyakit kanser. Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Kanser Payu Dara Quebec.

Stesen ini telah mengumpul kira-kira 67,000 baju dalam dan menggantungnya di sebuah kawasan lapang yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Montreal, Kanada.

Koleksi baju dalam ini adalah sumbangan masyarakat setempat dan selebriti terkenal bagi merealisasikan misi pertubuhan tersebut dalam membawa kesedaran tentang kanser payu dara dalam kalangan wanita tempatan. - JEGATHESWARY NARAYANAN

Kredit: Gambar-gambar dari Kosmo.

So kalau ada kempen sebegini di Malaysia, uols nak dermakan tak bra lama uols tu?

No comments: