Monday, June 15, 2009

Pil Perancang Untuk Jadikan Feminin?

Laporan ni dipetik dari Utusan Malaysia hari ni. Maybe ada antara my visitor ni yang ambik pil-pil itu. Dulu masa mak bercintan dengan sorang maknyah tu, mak tau dia selalu beli pil hormon katanya. Mak tataula sama ada pil yang diaambik tu, seperti yang disenaraikan dalam petikan di bawah.

KUALA LUMPUR 14 Jun: Obses untuk menjadi 'wanita' golongan lelaki lembut dan maknyah kini cenderung makan pil pencegah hamil kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya ia boleh merealisasikan impian mereka menjadi wanita.

Mereka beranggapan, amalam mengambil perancang boleh merubah tubuh menadi seperti 'wanita'. Payu dara membesar umpama gadis. Kulit yang kasar akan menjadi halus dan gebu. Suara yang parau boleh bertukar merdu serta lunak. Otot-otot sasa pada badan bakal pula hilang lalu bertukar menjadi seksi.

Trend mengambil pil pencegah hamil sebagai alternatif 'bajet murah' untuk memilikki tubuh seperti 'wanita' ini dikatakan sudah menjadi amalan golongan itu sejak lima tahun lalu.

Unat-ubat tersebut bukan sahaja diambil oleh golongan maknyah dan lelakilembut berusia lebih 40antetapi sudahmenular di kalangan maknyahyang masih menuntut.

Mereka tidak takut mempertaruhkan nyawa serta menjadikan tubuh sendiri umpama bahan uji -kaji dengan mencubasecarabebasdi farmasi dan kedai runcit.

Antaranya ialah Nordette, Microgynon 30, Gynera, Marvelon, Nordiol, Rigevidon, Minutet, Mercilon dan Jasmine.

Harga ubat-ubatan tersebut cukup murah iaitu cuma RM 9.90 untuk 30 kapsul.

Ada juga yang menggunakan ubat pencegah hamil yang dijual di pasar malam dan kaki lima oleh warga saing.

Walaupun belum ada perangkaan terkini jumlah maknyah di negara ini, namum pada Julai 2005, Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun ada menyatakan jumlahnya kira-kira 10,000 orang.

Bilangan tersebut diperoleh daripada kajian yang pernah dibuat oleh seorang pensyarahUniversiti Utara Malaysia.

Ekoran sikap 'terbuka' masyarakat terhadap maknyah, golongan tersebut kini dilaporkan semakin meningkat dan mereka semakin teruja untuk memilikki tubuh wanita bagi melengkapkan lagi penampilan supaya mudah mencari pasangan hidup.

Lain-lain laporan berkaitan yang uols patut juga baca.

No comments: