Wednesday, January 14, 2009

Sex Party Lagi

Tentu uols masih ingat tentang kes polis menyerbu dan menahan mereka yang menghadiri pesta seks diambang tahun baru yang lepas. Apa yang lebih menghangatkan berita itu ialah turut sama ditahan dua orang personaliti, seorang pembaca berita Astro Awani dan seorang lagi artis. Kita dah tahu siapa pembaca berita tersebut tetapi artis yang kena itu masih lagi tidak di kenali.  Akhirnya kes tersebut diubah sebagai kes di bawah akta dadah. 

Hari ini dalam Star Two dimuatkan artikal tentang pesta seks itu. Artikal pertama bertajuk 'That kind of party' ditulis oleh IanYee. Artikal yang berkaitan ialah 'Behind closed door' oleh Nasa Maria Entaban  dan satu lagi "Over exposed' oleh Sharmila Nair. Over exposed memuatkan pengakuan-pengakuan beberapa remaja tentang aktiviti seks party ni. 

Mak tak naklah nak copy and paste beberapa petikan dari artikal itu. Nanti terlalu meleret pula blog mak ni.Tapi kalau nak tengok detailsnya, uols boleh klik dan baca but it is in English la uols. 

No comments: