Tuesday, January 13, 2009

Sahabat Crossdresser

Tak sangka mak mendapat seorang kawan baru yang juga seorang crossdresser. Mak dapat kawan ni secara tak sengaja. Actually mak ada join that Yahoo Group tu. Mygurlz. So setiap ada message baru, mak akan dihantar message yang dimuatkan itu. Then salah satu message tu mak ada nampak perkatan Marika, seorang crossdresser yang pernah berutus email dengan mak itu. Marika memberitahu seorang member dalam group itu bahawa dia akan datang ke Malaysia. 

Memang dulu pun dia ada kata akan datang ke Kuala Lumpur dan bertanya pada mak jika mak ada rakan-rakan atau tempat untuk dress up. Then after a few exchanges of email, Marika mendiamkan diri. Maka pun tak kisahlah sangat sehinggalah melihat mesej yang dihantar kepada friend baru mak ni (mak tak naklah sebut siapa nama dia, tak elok kanzz?). So mak hantar email kepada kawan baru mak ni bertanya sama ada dia ada jumpa dengan Marika. 

Bermula dari situlah mak telah menjalinkan satu persahabatan baru. Memang seronok dapat berkenaklan dengan seseorang yang sama minat dan keinginan. Mak harap dengan kawan baru mak ini dapatlah mak bertukar-tukar pendapat dan pengalaman.

No comments: