Thursday, January 15, 2009

Dara Pun Dilelong

Harian Metro menyiarkan dalam ragam dunia satu berita mengenai seorang pelajar universiti di San Deigo melelong daranya untuk mencari wang bagi menampung kos melanjutkan pelajarannya. Gadis tersebut Natalie Dylan, 22 tahun, dari Sans Diego, California, sanggup melelong daranya di internet dan telah mendapat sambutan yang hangat. Tawaran lelongnya berjaya menarik 10,000 lelaki dengan bidaan tertinggi USD 3.99 juta (RM13.10 juta). Sambutan terhadap lelongan itu meningkat selepas dilaporkan di sebuah radio di Amerika Syarikat pada bulan September 2008.
Natalie terpaksa melelong kehormatan dirinya untuk mengumpul dana bagi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang keluarga dan perkahwinan.
Mengikutnya ilham untuk melelong daranya datang selepas melihat kakaknya, Avia, 23 yang memperolehi wang yang banyak dengan menjadi pelacur selama tiga minggu.
Natalie sedia menjalankan pemeriksaan untuk membuktikan bahawa dia masih dara walaupun mengakui binbang dengan risiko ditiduri oleh lelaki yang tidak diketahui latar belakangnya.
So uols, seks ni boleh dijadikan sebagai modal untuk mencari sara hidup. Jalan paling mudah kan? Tulah sebabnya mengapa ramai golongan maknyah menjadi pelacur di lorong kerana mereka tidak mendapat penerimaan yang sewajarnya dalam masyarakat. Mereka dicemuh dan biasanya jarang diberi peluang untuk bekerja dengan kerja yang bermoral. So nak salahkan they ols ke kalau terpaksa melacur di lorong? They ols pun nak hidup juga, nak makan juga.
Mak taklah sampai nak jual lobang untuk mendapatkan rezeki. Hehehehe.........

No comments: