Friday, February 2, 2007

Apakah Tafsiran Anda?

Poster ini aku nampak dalam salah sebuah Star LRT. Masa tu di hadapanku seorang gadis yang dalam perjalanan balik dari pejabat duduk betul-betul di hadapanku dan di belakangnya poster ini. Teringat nak ambil gambar poster ini bersama dengan gadis itu tetapi takut pula nanti dikatakan aku nak ambil gambar dia. So aku tunggu sehingga dia turun baru aku ambil gambar ini.

Sebelum aku buat tafsiran biar aku cerita tentang gadis itu. Aku mencuri-curi pandang padanya kerana wajahnya yang cantik. Berbaju kurung dan bertudung kuning dan di tangannya sebuah novel bertajuk Beginikah Cinta karya Aimi Syazira. Aku tahu dia sedar yang aku memerhatinya kerana beberapa kali mata kami bertembung. Ermmmm.. bukan nak mengorat tapi admire kecantikannya dan gayanya yang sopan itu. Gaya seorang gadis yang boleh dibuat menantu.

OKlah berbalik kepada poster iklan ini. Apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan? Kalau aku tafsirkan jarum suntikan boleh membawa maksud perubatan ataupun dadah. Kasut itu sudah pasti tidak dapat memberikan maksud lain selain wanita. Selepas itu tanda seru yang mungkin sekali bertanya pada sesiapa yang melihatnya apakah maksudnya. Saya rasa maksud pemilik iklan itu ialah jawapannya ada dalam akhbar mereka. Simbol itu adalah merupakan simbol akhbar berkenaan.

Tafsiran aku;

1. Mungkin ada yang akan mentafsir bahawa DADAH dan WANITA adalah dua pengaruh yang boleh merosakkan lelaki.

2. Mungkin juga bermaksud KESIHATAN (perubatan) dan ISTERI yang soleh boleh memberikan kesejahteraan hidup kepada seorang suami (lelaki).

3. Nak tambahkan pengetahuan kenalah baca akhbar !

No comments: