Friday, February 2, 2007

Alat Ransangan Seks

Mstar melaporkan bahawa seorang lelaki wargaCina telah ditahan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia Kelantan dan berbagai alatan ransangan seks bernilai RM27,500 telah dirampas.

Barangan yang dirampas termasuklah video cakera padat, barangan penjagaan kulit, pil perangsang seks, alat rangsangan seks, ubat dan rokok dipercayai dibawa masuk dari negara China.

Sememangnya peralatan tersebut ada permintaan kerana manusia ada fantasi dan pengaruh bahan-bahan dari vcd porno, internet atau melalui media cetak banyak memaparkan item-item seperti itu dan ini mendorong untuk mencubanya. Bahan-bahan tersebut ada ketikanya boleh didapati dengan mudah kerana ia dijual di kaki lima secara terbuka. Di Kuala Lumpur ia boleh didapati di Chow Kit, Sabah di Kampung Air dan aku juga pernah lihat bahan tersebut dijual di hadapan Mesjid Muhammadi semasa sembahyang Jumaat.

No comments: