Thursday, July 23, 2009

Pondan Di Kuantan

Dipetik dari Kosmo

KUANTAN - Layanan bertaraf lima bintang dengan bayaran serendah RM30.

Itulah nilai perkhidmatan yang ditawarkan golongan pondan yang menjalankan kegiatan seks songsang di tempat terbuka di sekitar bandar ini pada setiap malam.

Tinjauan di Jalan Pasar di sini semalam mendapati, kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai pelanggan berkereta dan terdapat lebih enam pondan yang bersidai di kaki lima kedai dan tepi jalan.

Seorang pondan yang dikenali sebagai Mona memberitahu, dia sanggup memberi layanan bertaraf lima bintang dengan bayaran hanya RM30.


No comments: