Monday, July 20, 2009

Kelab Gay Diserbu

Inilah gambar kelab gay di Jalan Yap Kwan Seng telah diserbu oleh pihak berkuasa dan 500 tetamu terkedu. Polis telah membuat serbuan sewaktu pengunjung yang majoritinya lelaki, sedang asyik menari dan ada yang bercumbu dengan pasangan masing-masing.

Kelab gay itu dipercayai telah setahun beroperasi danmenjadi tumpuan lelaki yang tumpuan lelaki yang mempunyai keinginan pada kaum sejenis.

Pada hujung minggu premis itu dikatakan sentiasa penuh dan meriah gelagat pasangan gay yang bermacam-macam ragam.

Pegawai Penyiasat Narkotik Kuala Lumpur, Asst. Superintendan Mohd Ashril Md. Johar yang mengetuai operasi itu berkata, 28 lelaki dan empat wanita berumur antara 20 dan 50 tahun di
tahan kerana positif dadah jenis methamphetamine.

"Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000.

"Polis turut menemui dadah eramin 5 di lantai kelab itu yang dipercayai dibuang oleh pengunjung kelab," kata beliau selepas operasi itu.

Dipetik dari Kosmo

No comments: