Thursday, April 3, 2008

Kembiri Proses Awal Tukar Jantina?

Ni mak ada baca one news dari akhbar luar negara (online) tentang pihak berkuasa kesihatan kerajaan Thai melarang castration (kasi atau kembiri). Ianya hasil daripada komplen-komplen yang dibuat terhadap perbuatan pengembirian ini terhadap kanak-kanak sebagai satu permulaan ke arah menukar jantina.

Larangan itu dibuat selepas ibu-bapa dan aktivis-aktivis gay membuat komplen bahawa doktor mengembiri kanak-kanak dengan membuat saranan bahawa kanak-kanak tersebut hendaklah berusia 18 tahun dahulu baru menerima apa-apa pembedahan ke arah itu.

Majlis Perubatan Thailand yang melaksanakan etika yang standard kepada doktor-doktor sedang megkaji larangan tersebut dan menganggap perbuatan mengembiri itu tidak beretika.

Larangan itu akan melibatkan 10,000 hospital dan klinik.

Kanak-kanak yang menjalani pembedahan pengembirian itu dengan membuang testis, akan menyebabkan tubuh tidak akan membina sifat kelelakian dan seterusnya apabila menjalani pembedahan menukar jantina , mereka akan kelihatan lebih feminin.

Pembedahan pengembiran melibatkan kos sebanyak 4000 baht (RM400), yang merupakan sebahagian kecil kos sebenar pembedahan menukar jantina.

Thailand memang terkenal dengan ramainya maknyah yang dikenali sebagai "kathoey".


No comments: