Monday, April 21, 2008

Alamak Lalat Pondan Pun Ada?

Ingatkan manusia saja ada lelaki, perempuan dan pondan. Rupanya lalat pun ada jenis pondan nie. Menarik bukan?

Kosmo Ahad melaporkan tentang penemuan lalat pondan ini.

WASHINGTON - Saintis Amerika Syarikat dan Britain berjaya menemui punca lalat buah betina dan jantan gemar berkelakuan hampir serupa atau pondan terutama ketika proses memikat pasangan.

Pensyarah Universiti Oxford, Gero Miesenboeck dan J. Dylan Clyne dari Universiti Yale, secara genetik berjaya mengubah kelakuan seks lalat menggunakan lampu.

Jelas Miesenboeck dalam kajian diterbitkan jurnal perubatan Cell itu, mereka dapat meyakinkan lalat buah betina menghasilkan lagu untuk memikat pasangan berlainan jantina sewaktu menghurungi lampu tersebut.

Biasaannya lagu memikat disiul lalat jantan. Ada sebahagian sel otak pada betina menyebabkan mereka boleh melakukan aktiviti dibuat jantan.

Kajian menemui 2,000 sel otak lalat betina memiliki neuron menyamai yang jantan. - Agensi.

No comments: