Wednesday, January 2, 2008

Nyah Rempit?

Lelaki seksi kena cekup

Oleh Norfaisal Jahuri

MELAKA: Seorang remaja yang disangka Minah Rempit yang menyertai kumpulan rempit lain untuk bersuka ria sempena menyambut tahun baru awal pagi semalam sebenarnya seorang pondan.

Lelaki berusia 22 tahun itu yang berpakaian kemejaT ketat, berseluar denim sendat dan berambut panjang itu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi ketika menaiki motosikal dalam operasi bersepadu awal pagi, semalam.

Remaja terbabit dikatakan keluar bersiar-siar di sekitar bandar ini dengan motosikal selepas pulang dari tempat kerja sebelum ditahan dalam satu pemeriksaan jalan raya di Jalan Tun Perak.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata remaja terbabit pada mulanya ditahan untuk pemeriksaan biasa pihak polis.



Katanya, selepas mendapati ada sesuatu yang tidak kena dan apabila diminta menunjukkan kad pengenalan, didapati dia seorang lelaki lalu terus dirujuk kepada pegawai penguat kuasa Jaim yang bertugas dalam operasi itu.

"Selepas mendapati remaja itu sebenarnya lelaki tetapi berlagak sebagai wanita, kami terus menahannya untuk siasatan lanjut," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Operasi bersepadu selama lima jam bermula jam 12 tengah malam itu turut disertai polis dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela). Operasi tertumpu kepada kegiatan lumba haram dan khalwat terutama menjelang sambutan tahun baru.

Rahimin berkata, seorang lagi lelaki berlagak wanita turut ditahan setengah jam selepas remaja terbabit ditahan.

Friday, December 28, 2007

Selamat Datang 2008 Selamat Tinggal 2007

Hanya beberapa hari sahaja dari sekarang tahun baru 2008 akan menjelma tiba. Biasanay setiap tiba tahun baru ramai yang membuat resolusi. Ramai yang membuat azam. Kadang-kadang ianya tertunai tetapi kadang-kadang kena postpone. Mak tak pernah membuat azam. Apa yang terlintas di kepala mak yang datang mak buat. Macam tahun 2007 ni. Mak tak berazam pun nak make over, snappy-snappy dan post pic mak kat dalam internet. Tup-tup mak buat apabila ada kesempatan. Tentu uols dah tengok pic mak kat dalam mynyah. Hmm......maybe tahun 2008 nanti ada kesempatan lagi untuk mak make over dan snappy-snappy. Atau mungkin mak tinggalkan langsung dunia Cding ni. Siapa tahu kan?

Mak nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada uols yang membaca blog mak ini. So apa azam uols?

Thursday, December 6, 2007

Wednesday, December 5, 2007

Ladyboy

Mak ambik ni dari satu blog tentang ladyboy.


Ladyboys come in many categories as to how far they really want to become a girl. Some are happy with just dressing up and behaving and being treated as a girl and do not want to alter their body in any way.

Some take the female hormone estrogen or combinations of drugs containing estrogen and other drugs, which have the effects of making small breasts and nipples develop, making your voice higher, reducing body hair, distributing your body fat which gives you a more feminine shaped body and also when taken over a long period of time shrinking your penis. However it does not reduce facial hair so much, and those ladyboys and katoeys that want to decrease their stubble usually have many sessions of electrolysis hair removal.

Between these types there are some who take hormones and have breast implants, and some who don't take hormones but have breast implants.

Then there are some ladyboys who really want to go all the way and make the complete transition to female by undergoing extensive hormone treatment and having breast implants and genital reconstruction. But on the whole most ladyboys do have a penis and enjoy sex with men.

For me to be a ladyboy it's enough just to dress as a girl, I don't want to physically alter my body in any way. Technically I am known as pre-op ladyboy, and someone who has had an operation is known as a post-op ladyboy or a newhalf.

Nearly all - well probably all ladyboys are gay - so we like men, although I have met some who like both men and women.

Thursday, November 22, 2007

Mak Make Over

Baru-baru ini mak dapat kesempatan untuk satu sesi make-over. Sorang kenalan mak yang juga nyah, telah membantu untuk solekkan mak dan lepas itu posing-posing. Hm,, so mak dapat tengok wajah mak jika dilahirkan sebagai seorang perempuan. Uols tengoklah pic mak itiew dalam website nyah malaysia.

Thursday, November 8, 2007

Website Nyah Malaysia

Mak nak bagi tau kat uols that ada one website khusus untuk nyah dan admirer mereka especially di Malaysia. Since mak tulis blog ni, rasanya dah empat minggu website itu wujud. Mak jumpa secara kebetulan sewaktu mak chat kat MIRC and one chatter bagi kat mak URL website itiew.

Mak kira ok la website itiew. Kira-kira lebih kurang myspace lah uols. So, mak harap uols yang nyah or minat nyah, comelah join. Mak pun ada tulis blog kat sitiew. Uols boleh visitlah website itiew dengan klik DI SINI. Mak pun dah join and kalau uols nak cari maknyer profile carilah cdreena

Friday, August 31, 2007

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 50

rupanya dah lama mak tak update blog ni. dah lama juga mak tak dress kerana tidak ada kesempatan. tapi nantilah mak nak post gambar-gambar mak untuk tatapan peminat uols yang melawat blog mak nie.

mak nak ucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia.