Thursday, February 8, 2007

Tentang Anuku

Aku rasakan dah dua pagi anuku mencanak dan dapat bertahan lama. Walaupun masa itu aku tidak teransang aku dapati ia memang terpacak sewaktu bangun pagi. Biasanya keadaan itu berlaku ketika usia masih muda dahulu. Kata orang kalau lelaki bangun pagi dengan keadaan anunya tegang terpacak menunjukkan kesihatan seksualnya masih ampuh. Tak pasti jika ia bangun disebabkan kandungan air kencing yang bertakung di dalam pundi-pundi kencing. Selalunya macam tu lah.

Sebenarnya aku rasa hampir setahun aku bangun dengan anu yang tidur nyenyak dan kalau bangunpun tidak berdiri tegak lama kerana selepas itu akan layu semula. Hmmmmm. Tak tahulah. Sebenarnya dah dua hari aku menelan Pronoton. Pernah juga dengar orang sebut nama itu sewaktu chat dalam MIRC. Then satu hari sewaktu browse dalam cari.com, aku jumpa satu iklan pengedar yang menjual pronoton. Aku membeli pronoton bukan disebabkan masalah anuku sangat tetapi apabila membaca testimonia berkaitan kesannya. Seorang wanita yang menghadapi masalah tiroid boleh sembuh dengan memakan pronoton. Itulah yang sebenarnya buatkan aku tergerak untuk membeli.

Rasa nak test juga dengan bini tetapi masalahnya dia pula uzur. So aku cuba test sendiri. Tahulah manual test ni. Kenalah goncang sikit biar dia tegang dan kemudian tengok lama mana kesannya. Hmm, nampak perbezaannya. Tapi tah pasti kesannya disebabkan pronoton atau sebab lain. But ygn penting aku dapat merasakan perbezaannya sebelum dan selepas ambil ubat itu.

Saturday, February 3, 2007

Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Esok 4 Februari 2007 akan berlangsung satu lagi majlis anugerah dalam bidang musik tanah air. Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Arena of Stars, Genting highlands. Seperti biasa artis-artis membuat persiapan bukan sahaja dari segi persembahan tetapi juga pakaian yang akan dipakai ke majlis yang dipenuhi bintang itu. Sememangnya masing-masing berlumba-lumba untuk kelihatan begitu anggun dan cantik. Tak kurang juga pengacara. Baca selanjutnya di sini

Gambar diambil dari Berita Harian Online

Friday, February 2, 2007

Lelaki Pakai Thong?

Apakah Tafsiran Anda?

Poster ini aku nampak dalam salah sebuah Star LRT. Masa tu di hadapanku seorang gadis yang dalam perjalanan balik dari pejabat duduk betul-betul di hadapanku dan di belakangnya poster ini. Teringat nak ambil gambar poster ini bersama dengan gadis itu tetapi takut pula nanti dikatakan aku nak ambil gambar dia. So aku tunggu sehingga dia turun baru aku ambil gambar ini.

Sebelum aku buat tafsiran biar aku cerita tentang gadis itu. Aku mencuri-curi pandang padanya kerana wajahnya yang cantik. Berbaju kurung dan bertudung kuning dan di tangannya sebuah novel bertajuk Beginikah Cinta karya Aimi Syazira. Aku tahu dia sedar yang aku memerhatinya kerana beberapa kali mata kami bertembung. Ermmmm.. bukan nak mengorat tapi admire kecantikannya dan gayanya yang sopan itu. Gaya seorang gadis yang boleh dibuat menantu.

OKlah berbalik kepada poster iklan ini. Apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan? Kalau aku tafsirkan jarum suntikan boleh membawa maksud perubatan ataupun dadah. Kasut itu sudah pasti tidak dapat memberikan maksud lain selain wanita. Selepas itu tanda seru yang mungkin sekali bertanya pada sesiapa yang melihatnya apakah maksudnya. Saya rasa maksud pemilik iklan itu ialah jawapannya ada dalam akhbar mereka. Simbol itu adalah merupakan simbol akhbar berkenaan.

Tafsiran aku;

1. Mungkin ada yang akan mentafsir bahawa DADAH dan WANITA adalah dua pengaruh yang boleh merosakkan lelaki.

2. Mungkin juga bermaksud KESIHATAN (perubatan) dan ISTERI yang soleh boleh memberikan kesejahteraan hidup kepada seorang suami (lelaki).

3. Nak tambahkan pengetahuan kenalah baca akhbar !

Air Mani Bukan Najis

SOALAN: Adakah air mani itu najis? Bolehkah kita memakai pakaian yang terkena air mani untuk bersolat (tanpa disedari)? Sepanjang pengetahuan saya, sekiranya kita hendak solat mesti bersih dari hadas besar dan hadas kecil apa maksudnya ustaz?

JAWAPAN: Air mani ialah air yang terpancut keluar ketika jimak dengan rasa kelazatan atau dengan rasa keseronokan.

Mengikut pendapat al-Syafieyah, pakaian yang terkena air mani boleh apabila digunakan untuk menunaikan solat maka solatnya sah. Ini kerana pada pendapat mazhab al-Syafieyah air mani tidak dikira najis.

Namun pandangan al-Safieyyah juga menyebut bahawa disunatkan membasuh pakaian yang terkena air mani sekiranya air mani itu telah kering pada pakaian. (Ibn Qudamah, Mugni al-Muhtaj, jld:1, hlm:79-80).

Hadis daripada Aisyah r.a. yang bermaksud: Sesungguhnya dia (Aisyah) menggesel air mani yang telah kering daripada pakaian Rasulullah s.a.w kemudian baginda menunaikan solat dengannya. (al-Syawkani, Nail al-Awthar, jld:1, hlm:53).

Dalam riwayat yang lain Aisyah r.a. menyebut yang bermaksud: Adalah aku menggesel air mani yang kering dari pakaiannya kemudian baginda menggunakan pakaian itu untuk bersolat.

Dr. Wahbah al-Zuhailiy berpendapat, air mani tidak boleh dikategorikan sebagai najis. Ini kerana manusia dijadikan daripadanya dan sebagai memudahkan urusan anak adam. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, Fiqh al-Islamiy, jld:1,hlm:164).

Seperkara yang suka ustaz ingatkan di sini ialah air mani akan dikira menjadi najis apabila seseorang itu beristinjak air dengan kertas atau tidak beristinjak selepas membuang air kecil, maka air mani yang keluar turut dihukum najis kerana telah bercampur dengan najis (air kencing).

Air mani dikira najis sekiranya air mani itu didahului dengan air mazi. Ini kerana air mazi dikira najis.

Kesimpulannya ada dua keadaan. Air mani tidak dikira najis selagi mana tidak didahului dengan air mazi atau tidak membersih kemaluannya selepas membuang air kecil.

Sekiranya ada pakaian lain yang tidak terkena air mani maka adalah lebih baik menggunakannya. Walaupun air mani itu sifatnya suci dalam Islam namun adalah lebih baik menggunakan pakaian yang tidak terkena air mani.

Justeru, solat orang yang memakai pakaian yang terkena najis adalah sah walaupun beliau sedari pakaiannya itu terkena air mani.

Mengenai persoalan berkaitan dengan air hadas besar ialah bersuci daripada junub, sama ada kerana keluar air mani atau bersetubuh. Adapun hadas kecil ialah mengambil wuduk. Kedua-dua perkara itu adalah kunci pintu ibadah.

SOALAN: Adakah air mani boleh itu boleh diminum? Sekiranya suami kita menyukainya bolehkah kita sebagai isteri mengikut kemahuannya.

JAWAPAN: Mengadakan hubungan suami isteri (jimak) adalah suatu yang fitrah bagi anak adam yang dilengkapkan dengan nafsu. Di antara matlamat nikah juga adalah menghalal yang haram.

Zina haram manakala persetubuhan selepas nikah adalah halal. Maka persetubuhan juga dikira ibadat. Ini kerana menyalurkan nafsu pada tempat yang halal tanpa menyalahgunakannya juga dikira ibadat. Dalam masa yang sama dapat menyelamatkan diri daripada terlibat dalam perkara-perkara yang terkutuk.

Justeru dalam mengadakan hubungan kelamin adalah dituntut supaya pasangan suami isteri memelihara batasan akhlak di antaranya menutup badan, dimulakan dengan bismillah atau doa dan diakhiri dengan tahmid memuji Allah.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. dengan memberitahu perihal Rasulullah s.a.w ketika melakukan hubungan kelamin: Apabila Rasulullah s.a.w mencampuri isteri-isterinya, Baginda akan menutup kepala. Dalam riwayat yang lain Baginda menutup seluruh badan Baginda ketika mencampuri isteri-isteri Baginda.

Perbuatan meminum air mani suami adalah sesuatu yang tidak berakhlak dan menunjukkan kerakusan di dalam mengadakan hubungan kelamin. Mungkin itu budaya masyarakat Barat dan bukan budaya masyarakat Islam.

Walaupun air mani itu tidak najis tetapi ia keluar daripada saluran yang sama keluarnya air kecil. Maka datangilah isteri dengan cara yang halal. Biarpun jimak itu sesuatu yang memuaskan nafsu tetapi ia boleh menjadi ibadah yang diberkati Allah s.w.t jika dipelihara pada batasannya.

- Mohd. Farid Ravi Abdullah (Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)

Alat Ransangan Seks

Mstar melaporkan bahawa seorang lelaki wargaCina telah ditahan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia Kelantan dan berbagai alatan ransangan seks bernilai RM27,500 telah dirampas.

Barangan yang dirampas termasuklah video cakera padat, barangan penjagaan kulit, pil perangsang seks, alat rangsangan seks, ubat dan rokok dipercayai dibawa masuk dari negara China.

Sememangnya peralatan tersebut ada permintaan kerana manusia ada fantasi dan pengaruh bahan-bahan dari vcd porno, internet atau melalui media cetak banyak memaparkan item-item seperti itu dan ini mendorong untuk mencubanya. Bahan-bahan tersebut ada ketikanya boleh didapati dengan mudah kerana ia dijual di kaki lima secara terbuka. Di Kuala Lumpur ia boleh didapati di Chow Kit, Sabah di Kampung Air dan aku juga pernah lihat bahan tersebut dijual di hadapan Mesjid Muhammadi semasa sembahyang Jumaat.

Thursday, February 1, 2007

Melawat Lamanweb Gay

Malam ini aku buka website persahabatan untuk gays. Aku bukannya gay tetapi bisexual. Namun demikian aku minat juga membaca kisah-kisah tentang golongan itiew. Memang banyak juga laman tentang gay yang aku lawati dan ada juga menjadi member. Aku minat tengok gambar-gambar lelaki yang macho dan jambu, khususnya yang memberikan pos-pos yang seksi. Walaupun dalam laman yang aku lawati itu tidak ada pic ahli yang bogel tetapi ada yang hanya memakai underwear sahaja. Aku bukan sekadar minat tengok pic lelaki naked dan mempamerkan cik dickynya tetapi juga fesyen-fesyen underwear lelaki yang seksi.