Thursday, August 13, 2009

Maknyah Thailand Cari Rezeki Di Malaysia

Di Kuantan pihak berkuasa menahan 12 orang pondan dari Thailand yang menyalahkan pas lawatan untuk mencari rezeki dengan menjual tubuh. Kalau sebut sahaja maknyah atau ladyboy, Thailand boleh dikatakan mempunyai maknyah yang cantik-cantik. Berita yang disiarkan di Kosmo mungkin sebahagian sahaja maknyah Siam yang datang mencari makan di sini. Waktu mak pergi Alor Setar dulu pun ada juga maknyah Siam yang menjual tubuh kat Tanjung Bendahara. Mereka lebih ramai dari maknyah tempatan.


KUANTAN - Gara-gara degil, Unit Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pahang terpaksa memecahkan pintu bilik sebuah rumah tumpangan sebelum menahan 12 orang pondan warga Thailand yang sedang melayan pelanggan dalam satu serbuan di sekitar Pasar Besar Kuantan di sini awal pagi semalam.

Operasi selama sejam bermula pukul 12.30 pagi itu bertujuan membanteras warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini untuk tujuan tidak bermoral.

Seramai 31 anggota penguat kuasa Imigresen ditugaskan menjalankan saringan awal ke atas semua pondan terbabit bagi mengenal pasti kewarganegaraan mereka.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pahang, Ismail Ali berkata, ketika serbuan, kebanyakan pondan berusia antara 21 hingga 35 tahun itu didapati sedang sibuk mencari pelanggan manakala sesetengahnya melayani pelanggan di bilik kecil di beberapa rumah tumpangan di situ.

No comments: