Thursday, August 13, 2009

Dilemma Lelaki Lembut

Mak baca satu kemusykilan dalam Harian Metro.

Seorang lelaki lembut menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan dan bercadang menjadi teman sosial di luar negara. Dia bertanya pada Datuk Dr Mashitah tentang perkara itu. Mak post kat sini untuk dikongsi oleh mereka yang senasib dengannya. Maklumlah, seorang lelaki yang lembut atau berperawakan lembut akan mendapat sukar untuk mendapat pekerjaan di sesuatu tempat. Lainlah kalau boss itu meminati maknyah atau gay. Ahaksss.....

So, kepada uols yang tersangkut dengan masalah yang sama, jadikan nasihat Dr Mashitah ni sebagai panduan.

SOALAN

SAYA mahasiswa lembut yang menganggur hampir tiga tahun selepas tamat pengajian ijazah pada 2005. Sehingga kini masih tiada pekerjaan tetap. Segala usaha sudah saya lakukan dan banyak menghadiri temuduga tetapi tidak berhasil.

Saya juga meminta jawatan rendah yang biasanya diberi kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tetap tidak diterima dengan alasan bimbang saya akan segera berhenti apabila dapat pekerjaan lain.

Di sektor awam lain pula jadinya, walaupun saya mampu lulus pelbagai peperiksaan awam membabitkan pelbagai peringkat dan tapisan serta peperiksaan PTD yang terkenal sukar, namun apabila tiba sesi temuduga seolah-olah kelayakan serta kemampuan saya dibuang hanya kerana saya berperwatakan sopan dan tidak kasar.

Untuk pengetahuan puan, saya tidak berwajah wanita, tidak berpakaian wanita dan secara amnya saya tidak menyerupai wanita.

Apakah salahnya saya bercakap dengan sopan, tidak mengeluarkan kata-kata kasar dan menengking? Adakah kerana itu saya tidak layak untuk sebarang jawatan di sektor awam?

Saya atlit sekolah dan universiti. Saya mampu tahan dengan aktiviti lasak, justeru saya jadi keliru dan bingung. Situasi saya sangat menekan, PTPTN sudah mengeluarkan surat saman dan melarang saya bekerja di luar negara.

Baru-baru ini, seorang kawan baik pulang bercuti ke tanah air selepas melanjutkan pengajian di luar negara dan bekerja di sana. Beliau mengajak saya mengikutnya ke luar negara dan bekerja sebagai ‘teman sosial’.

Untuk pengetahuan puan, pekerjaan itu walaupun salah di sisi agama, namun pulangannya sangat lumayan, dan kawan saya membuktikannya. Dalam tempoh singkat, dia mampu hidup mewah.

Yang saya perlukan hanya menerima sepenuhnya bahawa saya seorang pondan dan menukar perwatakan saya kerana jalan lurus yang saya inginkan untuk merubah hidup dan rupa saya tidak ditemui.

Keadaan saya alami sekarang boleh diibaratkan seperti ‘orang kulit hitam yang jika ingin mendapat pekerjaan atau dilayan setaraf harus menukar kulit mereka menjadi putih’, seperti yang berlaku di Amerika Syarikat dulu.

Soalan saya:

a. Apakah hak saya sebagai warga negara yang sah? Terlucutkah hak dalam perlembagaan kerana perwatakan saya? (maka undang-undang, serta tekanan oleh PTPTN juga tidak sah ke atas saya)

b. Adakah saya boleh meneruskan niat menjadi ‘teman sosial’ kerana tuntutan keadaan yang menekan ini untuk mencari wang membayar segala hutang pinjaman?

c. Apakah rasionalnya saya terus-terusan berusaha mencari pekerjaan di sektor awam atau formal tetapi sebenarnya saya dimalukan?

ZUL
Melaka


JAWAPAN

Tidak benar dakwaan bahawa hak saudara terlucut dan dianaktirikan hanya kerana perwatakan lembut. Saudara sendiri tahu dan faham dosa menjadi teman sosial, jadi rasanya saya tidak perlu lagi menjelaskan hukumnya.

Jelas hukum tentu lebih berat lagi jika masih mahu meneruskan perkara tidak baik dalam keadaan tahu. Ini semua hanya ujian sementara. Saudara boleh menulis kepada PTPTN memaklumkan keadaan sekarang dan mohon dilanjutkan tempoh bayaran sehingga mendapat pekerjaan terlebih dulu.

Bersabarlah dan berusaha dulu. Ingat pesan Rasulullah SAW: “Rezeki yang halal, walau sedikit, adalah lebih baik daripada banyak namun haram. Tepuk dada tanya diri, adakah keberkatan hidup yang dicari atau kemewahan walau apa caranya.

Buat apa yang termampu dulu dan yakin berdoa pada Allah. Insya-Allah nanti akan ada penyelesaiannya. Jika mahukan penyelesaian segera namun haram, percayalah tiada barakah daripada Allah.

Sementara itu dalam ruangan Pakar Sakit Tuan pula seorang lelaki lembut yang menamakan dirinya Rin, juga bertanyakan kepada Dr Ismail Thamby. Lelaki ini mengambil hormon wanita sehingga terbentuk buah dada wanita dan badannya menjadi seperti wanita. Setelah tiga tahun dia berhenti dan bentuk badannya kembali berubah kepada badan lelaki tetapi buah dadanya masih kekal. Dia meminta nasihat Dr Ismail bagaimana hendak menghilangkan bentuk buah dadanya itu.

Baca jawapan Dr Ismail Thamby di SINI.

No comments: