Monday, November 3, 2008

Puppet Doll

Ni berita dalam Harian Metro tentang satu gejala baru dalam dunia seks melibatkan maknyah di negara kita.

Ambil upah layan naluri mak nyah

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim


ALOR STAR: ‘Puppet Doll’ atau ‘shuban’. Itulah gelaran diberikan golongan homoseksual atau mak nyah kepada lelaki kacak yang menyediakan perkhidmatan layanan ‘khas’ kepada mereka.

Difahamkan, Puppet Doll atau budak patung akan menjadi pengiring kepada golongan mak nyah berkenaan untuk menemani mereka sepanjang malam.

Malah, ada antara Puppet Doll turut bersedia untuk menemani ‘kaki homoseksual’ itu sehingga ke ranjang semata-mata akibat gelap mata kerana mampu mendapatkan habuan wang ringgit setiap bulan.

Lebih menjengkilkan, segelintir daripada mereka juga sanggup menjadi ‘kekasih’ kepada mak nyah terbabit dan dikatakan perlu melayani nafsu buas golongan itu sepanjang malam.

Perkara itu didedahkan seorang pelajar tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dikenali sebagai Fauzi, 20-an, yang bergelumang dalam dunia berkenaan sejak setahun lalu.

Fauzi berkata, segalanya bermula apabila dia diperkenalkan oleh seorang rakannya kepada seorang mak nyah yang dikenali sebagai Nisa berusia lingkungan 30-an.

“Pada awalnya, saya hanya menyediakan perkhidmatan menemani mereka untuk keluar minum dan menghabiskan masa pada sebelah malam. Namun, selepas beberapa minggu mengenalinya, Nisa menawarkan pekerjaan kepada saya dan menjanjikan pulangan lumayan.

“Dia tawarkan menjadi kekasihnya dan tugas saya hanyalah menemaninya dan melayani kerenahnya terutamanya pada hari minggu. Nisa menjanjikan gaji tetap RM2,000 sebulan, sebuah kereta dan telefon bimbit sekiranya saya bersetuju.

“Bagaimanapun, pada mulanya saya menolak pelawaannya dengan baik dan Nisa pula menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas dua bulan mengenali dan menemani Nisa, dia kemudiannya bersetuju menjadi kekasih kepada mak nyah berkenaan.

“Semua ini disebabkan masalah kewangan bagi meneruskan pengajian. Kalau nak diharapkan bayaran perkhidmatan menemaninya memang tidak cukup. Setiap kali keluar, dia hanya bayar RM150 hingga RM200 atau belanja makan saja.

“Lagipun, saya bukanlah daripada keluarga berada. Nak sambung belajar dulu pun, bapa saya terpaksa berhutang sana sini,” katanya.

Fauzi berkata, disebabkan keinginannya mahu meringankan bebanan yang ditanggung keluarga di samping memiliki kehidupan lebih bergaya dan mewah, maka dia sanggup menggadaikan maruah diri bagi melayani nafsu buas Nisa.

“Nisa adalah seorang mak nyah bernafsu binatang. Dia seolah-olah tidak puas dengan apa yang saya lakukan dan ada kalanya dia bertindak cukup ganas. Saya cukup terseksa dengan perbuatannya itu.

“Pada permulaannya memang jijik dan menyeksakan tetapi lama-kelamaan bertukar menjadi seronok. Hanya disebabkan khabar angin mengatakan Nisa menghidapi sindrom kurang daya tahan penyakit (Aids), maka saya meninggalkannya kerana bimbang dijangkiti.


“Selama menjadi kekasihnya, hidup saya cukup mewah dan apa saja yang dikehendaki semuanya mampu dimiliki,” katanya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahib, ketika dihubungi, berkata perkara seumpama itu perlu dibendung serta-merta kerana ia bertentangan dengan tatasusila masyarakat dan ajaran agama.

“Perkara ini mesti dipandang serius semua pihak. Antaranya keluarga, masyarakat dan pihak berkuasa kerana ia akan merosakkan moral golongan muda yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan negara pada masa depan,” katanya.

Menurutnya, masalah kewangan bukanlah alasan sehingga menyebabkan mereka terjebak ke dalam lembah maksiat.

“Niat tidak akan menghalalkan cara. Lebih banyak pekerjaan yang baik dan halal boleh dilakukan dalam negara ini. Lagipun, setiap pelajar diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dan alasan yang diberikan sememangnya tidak masuk akal,” katanya.

No comments: