Tuesday, November 25, 2008

Bra Untuk Lelaki CD

Sebuah syarikat di Jepun telah menjual bra secara online untuk lelaki yang minat pada crossdressing dan telah menjadi salah satu item yang paling polupar. Tulah laporan dari Reuters. Komen mak: pastinya ramai lelaki straight yang berminat  memakai pakaian wanita bukan? Lelaki yang berminat dengan lingerie ni dikatakan sebagai lingerie fetish. Macam mak juga. Mula-mula dulu minat dengan panties sahaja dan kemudian upgrade ke bra. Pastu baru berubah kepada pakaian lain yang seksi meksi. 
 

Ni laporan dari Reuters tu yang mak translatekan. 

Reuters

Siapa kata bra hanya untuk wanita? Sebuah kedai lingerie online menjual bra untuk lelaki yang minat crossdressing dan dengan cepat menjadi salah satu item yang paling popular. Ianya dilancarkan dua minggu lepas di Rakuten, sebuah shopping mall dalam talian Jepun. Kedai itu, The Wishroom telah menjual lebih daripada 300 bra untuk lelaki dengan harga 2,800 Yen  ($30) satu.  Kedai itu juga menjual panties untuk lelaki disamping lingerie untuk wanita. 

Seorang wakil Wishroom, Masayuki, yang mengayakan bra untuk lelaki itu memberitahu bahawa beliau rasa selesa dengan pakaian itu dan ianya boleh dipakai secara rahsia di bawah pakaian harian normal mereka. Seorang Pengarah Eksekutif Wishroom,AkikoOkunomiya, rasa hairan bahawa ramai lelaki yang mempunyai perasaan seperti wanita.

"Saya rasa semakin ramai lelaki sudah mula berminat dengan bra.  Sejak ianya dilancarkan, syarikat itu menerima maklumbalas dari pelanggan yang mengatakan,' wow! kami telah menanti perkara ini sejak sekian lama'.

Namun demikian, bra yang boleh didapati dalam warna hitam, merah jambu dan putih, bukannya sesuatu yang mudah dijual kepada semua lelaki. Pakaian dalam itu telah menimbulkan perdebatan hangat di Mixi, sebuah laman web sosial popular di Jepun. Lebih daripada 8,000 orang mempertikai kelebihan lelaki memakai bra itu.


No comments: