Wednesday, November 12, 2008

Masih Ramai Yang Tidak Sedar

Nampaknya masih ramai pelayar internet tidak menyedari atau sengaja tidak mahu sedar tentang penipuan-penipuan inline ini. Dari semasa ke semasa kita sering dengar ada saja mangsa yang terkena. Sama ada duit ringgit atau pun tergadai body dan maruah. Hari ni dalam Kosmo uols bacalah tentang satu penipuan lagi.

KUALA TERENGGANU - Kisah ‘cinta’ palsu di laman sembang siber yang berakhir dengan penipuan kini timbul lagi dengan mangsa terbaru seorang pengurus wanita berusia 43 tahun.

Mengikut cerita mangsa yang berasal dari Kemaman, dia berkenalan dengan seorang lelaki yang didakwa warga asing pada 2 November lalu.

Suspek yang dikatakan pandai menggunakan kata-kata manis, berjaya memikat hati mangsa untuk membayar RM2,500 semata-mata bagi mendapatkan barangan mewah seperti barang kemas, beg kulit berjenama, komputer riba dan wang tunai AS 5,000.

Namun mangsa itu tidak mengambil iktibar daripada laporan Kosmo! pada 9 Oktober lalu mengenai tiga wanita, juga dari negeri ini, mendakwa kerugian melebihi RM25,000 menerusi taktik penipuan dengan modus operandi yang sama.


No comments: