Monday, June 2, 2008

Ratu Pondan Thai

Gambar dari Kosmo online

Thailand memang terkenal dengan ladyboys mereka yang jelita. Kosmo melaporkan tentang satu pertandingan ratu yang terdiri dari maknyah.

PATTAYA - Seorang remaja yang dibesarkan di sebuah pangkalan tentera, Kangsadarn Wongdusadeekul dimahkotakan sebagai ratu pondan di Thailand malam kelmarin.

Kangsadarn yang berumur 19 tahun dan memiliki nama gelaran Nonk menerima mahkota kemenangan daripada pemenang tahun lalu.

Dia juga menerima hadiah wang tunai sebanyak 100,000 baht (RM10,072) iaitu nilai yang sama dengan gaji tahunan diperoleh oleh seorang pekerja kilang dan sebuah kereta Honda.

Ketika ditanya sama ada dia gembira jika menyertai perkhidmatan ketenteraan katanya kepada penonton: "Pada tahun lalu, saya mendaftarkan diri untuk menjadi seorang askar tetapi tubuh saya sudah berubah menyebabkan kerajaan tidak membenarkan saya menyertainya."

"Kami cantik. Oleh itu, kami tidak perlu menjadi seorang askar," katanya manakala penonton ketawa mendengar jawapan itu.

Dia berasa bertuah kerana masih diterima menjadi ahli keluarganya kerana bapanya merupakan pegawai tentera berpangkat kolonel dalam tentera Thailand. - AFP

No comments: