Thursday, June 19, 2008

Maknyah Dibelasah Polis

Ni laporan dari Memphis Tenessee, Amerika tentang seorang maknyah dibelasah oleh seorang pegawai polis. Iany dirakam oleh CCTV dan berita itu disiarkan oleh Action News 5.

Maknyah tersebut, Duanna Johnson telah ditahan oleh polis Shelby County Ciminal Justice Center atas dakwaan melacur. Dalam pita tersebut ditunjukkan seorang pegawai polis Memphis menghampiri Johnson, seorang maknyah, dan memukulnya di muka beberapa kali.

Persitiwa itu bermula apabila Johnson tidak mengendahkan apabila namanya dipanggil kerana mengatakan bahawa ibunya tidak pernah memberikannya nama sebagai 'faggot' atau 'he-she,'. Itu membuatkan pegawai polis itu menjadi berang dan menghampirinya lalu memukulnya.

No comments: