WJH berkisar tentang dua orang sahabat baik, Tina (Maya Karin) dan Ari (Rusdi Ramli) dan mereka pula bersaudara dengan Tok Wan Rimau (Azean Irdawaty), penjaga harimau saka keluarga Tina yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya.
Tok Wan Rimau dan harimau saka melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar dari bahaya.
Ari yang berpewatakan lelaki lembut, sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran Mat Kepit dan Mat Patah kerana berperwatakan lembut. Walaupun begitu, Tina masih setia berada di sisi Ari dan menyimpan perasaan untuk berkahwin dengannya satu hari nanti.
Tina menjadi pilihan Tok Wan Rimau untuk mewarisi saka tetapi Ari yang terlalu sayangkan Tina telah menawarkan dirinya menjadi pengganti.
Selain kisah Tok Wan Rimau yang ingin mencari pewaris, pengarahnya menggarap jalan cerita sampingan dengan memasukkan kisah lelaki lembut tetapi masih berkaitan dengan keseluruhan jalan cerita yang masih memfokuskan kepada saka harimau itu.Sejauhmanakah sama ada isu transeksual ini boleh mencetuskan kontroversi kelak sama-samalah kita tunggu apabila filem ini ditayangkan kelak. Kemasukan watak transeksual tidak lari dari jalan cerita sebenar, kerana penulisnya secara peribadi merasakan elemen yang cuba diketengahkan oleh Shumi ini tidak ada salahnya, kerana hasilnya tidak menghampakan.