Friday, March 27, 2009

Tagged

Sejak beberapa hari lalu mak dah mula aktif dalam Tagged, sebuah lagi laman sosial. Sebenarnya makkena tag ni dah lama tetapi mak buat tak kisah je sebab,terlalu banyak sangat profile, sampai tak termanage pula. Dah ada friendster, myspace pun tak larat nak hapdet,nak tambah lagi. Selain dari dua laman sosial yang popular tu, mak juga ada profile kat facebook, Manjam, Lifeout, Flixster, Asian Friendfinder dan juga beberapa profile dalam Ning. Terlalu banyak kan? Thats why mak tak ambil kisah sangat tentang Tagged ni. 

Untillah one day seorang crossdresser tag mak, maka terbuka hati mak untuk respons. Crossdresser tu macam mak juga, dah ada isteri dan crossdress masa wife dia tak ada di rumah. Selepas mak kena tag dengan Allyn Cd ni, mak tengok ramai juga maknyah dan crossdresser yang jadi friend Allyn tu. So mak pun mulalah tag friends Allyn tu. Bila they ol yang mak tag respond dan accept mak sebagai friend , maka bermulalah pula mak aktif dalam profile yang baru ni. Mak pun uploadlah beberapa keping gambar mak yang terbaru. So now mak mulalah Tag dan mengetag orang lain pula. Dalam dua hari, mak dah tag lebih dari 80 orang dan sudah ada 50 orang sebagai friend. 

No comments: